andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya..
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu..
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tetapi percyalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula perkara yang berlaku..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya..tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu..bukan bermakna dia tidak sayang...tetapi dia terlalu sayangkan kamu..kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan merajuk,jangan kata dia mengada-ngada..dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah,tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai..
andai lelaki tahu...
apababila perempuan jarang mengatakan 'i love u'..itu tidak bermaksud dia tidak mencinai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,bukan hanya hadir dari kata2 tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu,dia benar2 maksudkannya..
andai lelaki tahu...
apabila perempuan berkata 'tolong tinggalkan saya!', dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya..dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja..apabila dia kembali tenang,percayalah,dia akan mencari anda semula..itu tandanya dia benar2 mencintai kamu..dia terlalu emosional..tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda..
andai lelaki tahu...
sememangnya Allah S.W.T menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri..tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..di sebalik air matanya tersimpan seriu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya..biarpun sebenarnya perempuan itu nampak lemah, tapi dia punya kekuatan tersendiri untuk menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah karenanya..jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan dan kelembutan tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda... :)