Sahabat….
Tatkala dikau pergi..
Hati ini terasa begitu sunyi….
Entah mengapa perpisahan ini terasa begitu berat sekali
Kau amat ku rindui..
Entah bila kita akan bertemu lagi…
Alangkah sedihnya hati ini..
Pabila kau mengucapkan selamat tinggal..
Walaupun bukan untuk selamanya..
Tetapi ia tetap terasa..
Doaku..
Moga kau bergembira di sana..
Sihat-sihat sahaja…
Dan yang paling penting sekali..
Harapnya aku sentiasa di ingatanmu..
Kerana kau akan sentiasa di ingatanku sampai bila-bila..
Kau tetap akan menjadi sahabatku..
Walaupun jauh di mata…
Terpisah dek jarak..
Kau adalah sahabat yang ku sayangi..!!
Mazhar…
Cerita kau dan aku telah lama bermula..sejak dari zaman persekolahan sehinggalah kini..persahabatan kita telah lama terjalin..bagiku usia persahabatan bukanlah satu kayu ukuran dalam memahami diri masing-masing…persahabatan itu lahirnya dari hati yang ikhlas..hampir 4 tahun berkenalan..belum cukup untuk aku berkata aku tahu semua tentang kau..tapi 4 tahun itu juga mengajar aku betapa pentingnya seorang sahabat dalam hidup kita..seorang sahabat yang memahami dan berada di samping ketika kita dalam kesusahan dan gembira apabila kita dilimpahi kebahagiaan..aku masih ingat kali pertama perkenalan kita..setiap hari dihiasi gelak ketawa..usik-mengusik adalah adat persahabatan kita berdua..aku gembira kerana telah diberi peluang bersahabat denganmu…aku tahu setiap yang bertemu akan berpisah juga satu hari nanti..itulah lumrah kehidupan yang terpaksa kita akur dan terima dengan redha..tapi entah mengapa perpisahan yang baru terjadi ini terasa begitu berat sekali..aku rindu pada gelak ketawa semasa kita bersama..rindu sesi usik-mengusik kita dan rindu untuk makan dan duduk di meja yang sama..huh sedihnya hati ini terasa…entah bila kita akan betemu lagi apabila masing-masing ada impian yang perlu dicari..aku dengan duniaku manakala kau dengan dunia kau..walaubagaimana terpisah sekalipun..kau akan tetap diingati kerana kaulah sahabat yang terbaik dan sahabat yang paling disayangi…kerana itu persahabatan ini tak akan dilupakan sampai bila-bila…selagi hayat masih ada..suatu hari nanti pasti kita akan bertemu lagi…WEYH KAWAN!!AKU SAYANG KAU…HAHA
No comments:
Post a Comment