bila orang dah tak percaya pada kita..apa lagi yang kita boleh buat..kasih sayang pun tidak akan mencukupi..bila diri terasa tak diperlukan..siapalah kita lagi?hanya hambaNya yang merendah diri..bahagia dan berduka adalah nikmat kehidupan..bukan diri ini nak merungut tetapi sekadar nak meluahkan rasa hati..
EVERYTHING HAPPENS FOR A REASON

Tuesday, September 27, 2011
my life...
hidup ni bukannya mudah..kadang2 kita dilimpahi kebahagiaan..kadang2 kita berduka..orang boleh kata apa saja tentang kita..tapi hati kita lebih mengetahui..dari kecik lagi aku bukanlah dalam kategori bahagia tu..bukan untuk sesiapa terasa tapi datang dari hati aku sendiri..masa aku kecik lagi aku memang rapat dengan ayah..mana saja dia pegi aku ikut..orang semua cakap aku anak ayah..bukan anak mak..sampai satu masa parents aku bercerai n aku pindah ke Kedah..mase tu aku jarang jumpa ayah..sebab ayah ada kat KL..aku hidup macam orang lain jugak dengan mak dan adik aku..tapi ape yang paling buat aku terasa bila kawan2 aku xhabis2 nak mengata aku nak menyakitkan hati aku sebab ayah aku xde kat situ..hampir setiap hari aku bergaduh dalam kelas masa sekolah rendah sebab keluarga..lepas tu ada kejadian yang berlaku menyebabkan aku kene berpisah pulak dengan mak aku..aku tinggal dengan grandparents aku selepas tu..kali ni aku selalu jumpa ayah tapi mak aku pulak jauh kat kedah...selepas tu aku pindah tinggal pulak dengan ayah aku..setiap kali time nak amik report card kat sekolah..hati aku mesti rasa macam nak nangis bila tengok kawan2 datang dengan parents deorang..tapi aku tak..tak pernah sekalipun aku dapat rasa semua tu..mak ade ayah tak de..ayah ade mak pulak takde..bila ayah dah kawin lain aku ade lagi 2 orang adik..farhan dan nisa..aku memang panas baran ngan deorang especially farhan tapi aku sayang deorang..tapi bila sekali aku terpaksa berpisah dengan deorang kerana ayah dan mak tiri aku..hampir setiap malam aku nangis rindukan deorang...lepas tu mak aku terpaksa pindah ke KL nak jaga aku dan fazira..masa ni ramai yang tak suka..and time ni juga aku rasa hidup aku lagi susah..bila aku pindah ke shah alam tuk sambung pelajaran stay balik dengan grandparents aku,aku rasa lonely gila..aku tak ada sape2..setiap hari lepas habis kelas aku terperuk je kat dalam bilik..bila cousin aku,adam ada,aku happy giler..memang family benda paling sensitif sekali untuk aku..benda yang paling senang nak buat aku mengalirkan air mata..sebab apa?sebab family aku tak perfect..sesetengah orang tak kisah,tapi aku sangat kisah..even aku tak pernah cakap aku sayang deorang,dalam hati aku sayang tu ada..aku dah tak sanggup nak hilang sape2 dalam life aku lagi..semua orang boleh cakap aku tak kisah tapi hati ni dah penuh dengan kesan luka yang bila nak baik akan berdarah kembali..aku tak nak lagi hilang orang-orang yang aku sayang tak kira lah siapa dia sekalipun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
awwwwh :') hmm. okay sayang kau :( balik lah. riindu kau
ReplyDelete